Wednesday, August 5, 2009
KUALA PENYU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9) bagi tujuan membangunkan kawasan padang ragut di Sabah. Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Abdul Rahim Ismail berkata, jumlah itu tidak termasuk RM2 juta yang diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi membangunkan kawasan itu. Katanya, Sabah mempunyai sebanyak 227 kawasan padang ragut dengan keluasan tanah sejumlah 85,582 ekar. Daripada keluasan itu katanya, hanya 87 kawasan saja yang dikenalpasti aktif dan selebihnya 140 kawasan dengan keluasan 50,000 ekar masih terbiar atau tidak aktif. "Kerajaan telah memperuntukkan tanah khusus untuk aktiviti penternakan bagi lembu kerbau dan kambing yang dinamakan sebagai kawasan padang ragut, tetapi ianya juga masih belum digunakan secara maksimum," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Pengagihan Ternakan Kerbau kepada Koperasi Padang Ragut Kampung Bundu di Padang Ragut Kerbau kampung tersebut. Hadir sama ADUN Kuala Penyu, Datuk John OT Ghani. Sejumlah 100 ekor kerbau dari Australia telah diserah bagi membolehkan padang ragut kerbau dimanfaat oleh Koperasi Padang Ragut Kampung Bundu. Abdul Rahim menjelaskan kerajaan telah mengambil dua pendekatan utama untuk membangunkan kawasan padang ragut di negeri ini antaranya bagi padang ragut yang aktif, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti kandang, pondok penjagaan ternakan dan takungan minuman. Pada masa yang sama katanya, pemilik ladang terbabit juga diberi kursus khas berkaitan pengurusan padang ragut untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan tersebut.
KONSEP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT
Ringkasan
1.1 Di dalam Rancangan Malaysia ke Lapan, perancangan telah dibuat untuk meningkatkan bekalan sumber makanan berasaskan punca-punca haiwan seperti daging, susu dan telor untuk memenuhi permintaan tempatan.
1.1 Di dalam Rancangan Malaysia ke Lapan, perancangan telah dibuat untuk meningkatkan bekalan sumber makanan berasaskan punca-punca haiwan seperti daging, susu dan telor untuk memenuhi permintaan tempatan.
Subscribe to:
Comments (Atom)